June 2, 2014

Kemudian

Solat aku tinggalkan,
berdoa aku lupakan,
kawan berkopiah dan bertudung labuh aku jauhkan, ekstrimis, pentaksub melampau!
Berbaju lambang muslim, aku campak jauh-jauh. "Aku tak da Tuhan".
Al-Kitab, aku jadikan hiasan.

Aku tak percaya pada persaudaraan, kecintaan dan kesetiaan. Plastik.

Berbulan, hidup aku tanpa Tuhan. Aku bergantung kepada kebebasan kerana berTuhan penyebab hidup banyak pantang larang, banyak undang-undang. Kan? 

Ramai orang fikir, beruntung lahir-lahir sudah Islam, mati nanti, confirm ke syurga. Betul? Doktrin sundal.

Sebenarnya, ramai orang keluar Islam bukan kerana Islam, tapi kerana Muslim. 
Yang untungnya; mereka yang kenal Islam dahulunya SEBELUM Muslim.
Aku malang kerana aku kenal; Muslim.

Penyebab aku hilang percaya pada agama, Tuhan dan kepercayaannya. Apa-apa agama sekalipun. 
Cuma aku ada pegangan, prinsip.

Mula

Penat! 


Hari-hari berdoa, setiap waktu meminta. Dapat apa?

"Habuk pun 'tarak'."

Makin berdoa makin banyak benda buruk yang berlaku. Adilkah hidup bertuan?

Menjadi hamba tanpa imbuhan, tanpa gaji dan ganjaran?
Yang dipohon; keputusan cemerlang, belajar lebih dari cukup dan menghafal bagai nak mati, apa yang dapat?
Keluarga begitu menjaga kesihatan, makanan disukat, amal gaya hidup sihat, apa yang  dapat?
Kerja susah-susah, kumpul duit yang nak dapatnyapun payah, tak sampai setahun jadi negatif?
Kawan yang hidupnya tak berTuhan sudahnya senang, apa yang dihajat tak perlu tunggu masa panjang.

Esok lusa dia datang. Sendiri. Mana Tuhan? Kenapa?
Mana Tuhan kalau betul ada Tuhan? Siapa Dia? Siapa pencipta Tuhan?


Ini yang dipertikaikan hari-hari, ada lagi, terlalu banyak untuk disenaraikan. Ini cukup.

Permulaan ketidakpercayaan aku pada ketuhanan dan penganutnya. 


Dan aku Islam dan aku tahu mungkin aku telah murtad!?

Hidayah Itu Milik Tuhan

Hidayah itu milik Tuhan, Tuhan apa agamapun. Tiada yang memaksa, cuma penganut agama-agama itu yang tersalah faham.

Taksub,
Mahu menang, 
Ingin jadi mulia,
Nak duduk dalam syurga.

Sampai berbunuh-bunuhan. Semborono beriman; berkakikan ilmu dengar-dengar, bertangankan  pengetahuan yang  disampai-sampai dan berotakkan percaya yang diikut-ikut tanpa ada asas pegangan kenapa, mengapa dan bagaimana. Yang membawa kepada siapa, dari mana dan ke mana.

Tuhan tidak salah, hukum alam tidak salah.